Fairytales Story

My word
Hye stalker Thanks for being here.
Enjoy yourself. Do follow me, Imma appreciate it! Will follow you back


StoryAboutLink

Express Your Feel




Stress
Assalamualaikum w.b.t

Stress?
Siapa yang tiada erti stress dalam hidup anda?
Wow! Aku sungguh kagum dengau kau kerana kau tiada stress.
Tapi bukankah semua orang ada stress?
Tidak kisahlah stress tentang pelajaran ke,stress tentang keluarga,stress tentang kawan,stress tentang adik beradik atau pelbagai stress lagi lah. Tapi yang aku tahu stress bagi bagi orang dewasa ialah stress duit. Betul tidak? Mestilah ya,ingin fikir ingin bayar bil elektrik,bil air,bil sewa rumah,bil astro dan macam-macam lagilah.Nak tulis banyak lagi apa yang kena bayar tu depends kepada orang itu. Sesetengah orang itu orang kaya,keluarkan duit sahaja dengan sesuka hati,tetapi kalau orang kebanyakan? Mestilah susah ingin keluarkan duit ingin bayar itu ini. Tetapi aku tidaklah mahir tentang hal-hal dewasa ini.
Hanya berpengalaman dalam ahli keluarga apa yang mereka lalui selama ini.
Ya,aku faham.
Dan aku ingin cepat pula menjadi dewasa kerana ingin menolong keluarga aku.
Itu bagi orang dewasa,tetapi bagaimana pula dengan budak-budak,dan remaja?
Adakah stress tentang cinta? Janganlah fikir semua itu sebab otak kita masih kurang matang lagi ingin memikirkan tentang cinta ini. Utamakan pelajaran dahulu,kalau dah berjaya baru fikirkan tentang cinta. Nak kahwin masa itu pun orang tidak kisah sebab kau dah berjaya. Tetapi apabila kau masih budak-budak ataupun remaja tetapi gagal dalam pelajaran. Adakah kau akan berjaya dalam hidup? Insyallah kalau kau berkerja keras kau akan berjaya tetapi kemungkinan susah sedikit. Tetapi kalau orang yang malas ingin berkerja keras?
Wah,memang susah hidup kamu. Hanya suka memperhabiskan duit ibubapa kamu sahaja.
Marilah sama-sama kita stress tentang pelajaran. Stress sebab kerja banyak,tak faham apa yang cikgu ajar. Mari stress tentang  pelajaran,daripada kita stress tentang cinta. Kalau ditanya dengan orang dewasa mesti mereka juga akan memberi pendapat yang sama bagaimana aku beritahu tadi.

Jadi marilah kita berfikir pada masa hadapan!

Assalamualaikum w.b.t

Pembohongan
Assalamualaikum w.b.t

Apabila seseorang itu membohong kepada anda apakah yang anda akan rasa?
Yang pastinya kita akan berasa marah apabila kita mendapat tahu dia membohong kepada kita.

Tapi sampai bila pembohongan itu akan dapat kita ketahui?
Melainkan seseorang akan memberitahu kita ataupon kita akan tahu sendiri.
Tapi walaupun kita akan tahu sendiri mesti kita berasa pedih kerana dia berbohong kepada kita dan kita senang terpedaya. Bukankah begitu?

Bukan nak cakap orang sahaja,tetapi aku sendiri pernah berbohong kepada orang dan berbohong kepada diri sendiri juga.
Siapa sahaja yang tidak pernah berbohong?
Ataupun anda hanya berbohong sunat?
Berbohong sunat tetap berbohong juga kepada orang lain bukan?
Ataupun adakah anda sudah lali dengan cara pembohongan ini dan tidak berasa sedikit pun bersalah? Sesetengah orang sudah lali dengan pembohongannya dan tidak berasa sedikit pun bersalah. Tetapi sesetengah orang pula apabila dia membohong kepada orang lain dengan cepatnya dia akan berasa bersalah dan terus meminta maaf kepada orang yang dia sudah berbohong. Tetapi ada juga yang berbohong untuk mempertahankan maruahnya.

Tetapi aku tidak faham kenapa harus berbohong kepada orang lain?
Mungkin dulu aku berbohong kepada kawan/adik beradik aku kerana aku berasa cemburu kepadanya,mungkin. Aku pun sudah lupa dengan masa lalu aku. Tetapi bila aku cuba memikirkannya balik aku berasa sangat kesal.Tetapi aku berharap aku tidak berbohong lagi kepada sesiapa.

Adakah anda sudah banyak berbohong kepada orang lain?
Apa lagi minta maaflah kepada orang yang anda sudah berbohong kepadanya.
Kita pun tidak tahu bila masakah ajal kita akan datang,betul bukan?

Pikir-pikirkanlah.

Assalamualaikum w.b.t

Rahsia tersirat kaum hawa
Assalamualaikum wbt

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak perempuan itu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, perempuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, kan.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu..

Adakah korang begini? Pikir-pikirkanlah wahai kaum Adam.



Older Post