Fairytales Story

My word
Hye stalker Thanks for being here.
Enjoy yourself. Do follow me, Imma appreciate it! Will follow you back


StoryAboutLink

Express Your Feel




Masalah dan masalah
Assalamualaikum wbt.

Adakah susah mahu berkongsi sesuatu masalah kepada orang lain?

Jawapan aku ialah ya.

Mengapa?

Kerana setiap masalah yang aku kongsikan kepada orang lain tentu mereka memberitahu kepada orang lain walaupun aku menyuruh mereka merahsiakannya apabila aku bergaduh dengan dia. Huh,waktu itulah aku berasa kesal sekali kerana memberitahu rahsia aku kepada dia.
Betapa sakitnya hati aku ini. Hanya Allah yang tahu.

Aku dah lali dengan semua ini. Huh ~ *hembusan kuat*

Dengan manusia yang tidak pernah faham dengan perkataan rahsia. Sesetengah orang juga akan merahsiakannya tetapi apabila mereka tidak berkawan ataupun bergaduh dengan seseorang itu mereka juga akan membongkarkan semua rahsia yang dia ada untuk dia melepaskan rasa geramnya kepada orang yang dia tidak berkawan atau bergaduh.
Ya,aku pernah melakukan semua ini dan aku berasa lega.
Tetapi apabila aku memikirkan baik aku berasa sangat-sangat menyesal. Aku menceritakan ini dengan pengalaman yang aku ada selama ini walaupun tidak terlalu lama.

Aku terlalu banyak dengan masalah dan aku tidak mahu berkongsi kepada sesiapa pun. Setiap masalah aku,aku akan simpankannya dalam hati aku. Walaupun ianya sangat-sangat pedih buat aku,aku cuba bertahan sampai aku mampu.

Kenapa aku tidak mahu berkongsi masalah kepada orang lain?

Kerana aku tidak mahu benda yang lepas akan berulang kembali kepada diri aku. Aku sudah tidak mampu ingin menghadapinya lagi. Cukuplah dengan masa lalu aku yang lepas.


Aku akan menyimpan masalah aku dalam hati aku sampailah aku bertemu dengan rakan yang betul-betul aku mempercayainya.Dan insyaAllah aku juga bersedia menjadi teman yang mendengar semua masalah kau kawan. Aku berharap aku jumpa rakan yang aku inginkan selama ini. Amin ~

Adakah kau yang akan menjadi kawan aku?


Older Post | Newer Post