
|
My word
Express Your Feel
| Pembohongan
Assalamualaikum w.b.tApabila seseorang itu membohong kepada anda apakah yang anda akan rasa? Yang pastinya kita akan berasa marah apabila kita mendapat tahu dia membohong kepada kita. Tapi sampai bila pembohongan itu akan dapat kita ketahui? Melainkan seseorang akan memberitahu kita ataupon kita akan tahu sendiri. Tapi walaupun kita akan tahu sendiri mesti kita berasa pedih kerana dia berbohong kepada kita dan kita senang terpedaya. Bukankah begitu? Bukan nak cakap orang sahaja,tetapi aku sendiri pernah berbohong kepada orang dan berbohong kepada diri sendiri juga. Siapa sahaja yang tidak pernah berbohong? Ataupun anda hanya berbohong sunat? Berbohong sunat tetap berbohong juga kepada orang lain bukan? Ataupun adakah anda sudah lali dengan cara pembohongan ini dan tidak berasa sedikit pun bersalah? Sesetengah orang sudah lali dengan pembohongannya dan tidak berasa sedikit pun bersalah. Tetapi sesetengah orang pula apabila dia membohong kepada orang lain dengan cepatnya dia akan berasa bersalah dan terus meminta maaf kepada orang yang dia sudah berbohong. Tetapi ada juga yang berbohong untuk mempertahankan maruahnya. Tetapi aku tidak faham kenapa harus berbohong kepada orang lain? Mungkin dulu aku berbohong kepada kawan/adik beradik aku kerana aku berasa cemburu kepadanya,mungkin. Aku pun sudah lupa dengan masa lalu aku. Tetapi bila aku cuba memikirkannya balik aku berasa sangat kesal.Tetapi aku berharap aku tidak berbohong lagi kepada sesiapa. Adakah anda sudah banyak berbohong kepada orang lain? Apa lagi minta maaflah kepada orang yang anda sudah berbohong kepadanya. Kita pun tidak tahu bila masakah ajal kita akan datang,betul bukan? Pikir-pikirkanlah. Assalamualaikum w.b.t |